Ambillah ilmu yang bermanfaat dan sebarkan kepada Muslimin dan Muslimat yang masih HIDUP, kerana ilmu yang bermanfaat SANGAT BERGUNA pada mereka yang masih HIDUP...
Sunday, July 31, 2011
Ibadat Puasa Ramadhan - Pengertian, Niat, Syarat-syarat & Kelebihan
Pengertian puasa
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
Dalil Wajib puasa
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:
Al-Quran:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.
Hadis:
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpusa adalah dihukum sebagai murtad(keluar daripada Islam)
Lafaz Niat
Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.
Doa buka puasa
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Maksudnya: Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan
Syarat wajib puasa
Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:
1. Islam :
Tidak diwajibkan kepada orang kafir.
2. Baligh:
Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa
3. Berakal : Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila.
4. Berkemampuan:
Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.
Syarat-syarat sah puasa
Syarat-syarat sah puasa itu enam perkara:
1. Islam:
Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal
2. Berakal: Orang Gila tidak sah puasanya
3. Suci daripada nifas dan haid
4. Masuk waktu puasa
5. Berniat pada setiap malam:
Menurut mazhab Imam Malik-memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan.
6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.
Rukun Puasa
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.
Perkara yang membatalkan puasa
Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
4. Keluar darah haid atau nifas
5. Gila (hilang akal)
6. Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
7. Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
8. Murtad (keluar dari Islam)
9. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
Mereka yang diizinkan berbuka
Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
1. Orang yang sakit .
2. Orang yang berkerja buruh.
3. Orang yang dalam musafir (perjalanan).
4. Orang tua yang sudah lemah.
5. Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.
Hikmah Puasa
Puasa mempunyai pelbagai hikmah antaranya:
1. Menandakan kesyukuran kepada Allah
2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah(terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya.
3. Melatih sikap tolong-menolong di antara satu sama lain
4. Meningkatkan kesihatan diri.
5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka(hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari kiamat.
6. Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah(keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.
Kelebihan Ramadhan
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;
1. Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia
2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
"Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.
3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .
4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.
SUMBER :
- JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Sunday, March 27, 2011
ANTARA DUA DARJAT
"Adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sia-sia dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Al-Mu'minun: 115)
******************************
Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah yang hidup di muka bumi ini. Nikmat akal yang dikurniakan Allah merupakan sebesar-besar nikmat yang sekaligus menjadikan manusia lebih baik berbanding makhluk Allah yang lainnya. Merenung kembali kisah yang termaktub dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, bertitik tolak daripada penciptaan manusia, maka tercetuslah persengketaan antara iblis dan Penciptanya.
Apakah keistimewaan manusia sehingga Allah memerintahkan para malaikat dan iblis untuk tunduk sebagai tanda hormat terhadap penciptaan insan pertama iaitu Adam? Apakah tujuannnya disebalik kejadiaan manusia di muka bumi ini? Maha Kuasa Allah yang pastinya tidak menciptakan segala sesuatu dengan sia-sia.
“Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah...”
(Surah Al-Imran : 110)
Apabila kita menghayati dengan mendalam maksud ayat di atas, kita sebenarnya hidup di dunia ini dengan menggalas dua darjat yang berbeza; darjat sebagai hamba dan darjat sebagai khalifah. Menurut bahasa, khalifah bermakna pemimpin atau penguasa manakala hamba pula adalah orang suruhan atau tawanan. Oleh itu, jelas bahawa tugas untuk mengajak ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran adalah peranan sebagai khalifah manakala tugas untuk beriman dan beribadah kepada Allah adalah peranan kita sebagai seorang hamba.
Islam memandang manusia sebagai khalifah sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.
Melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar, tabligh, saling berpesan-pesan dengan kebenaran, kesabaran dan kasih sayang adalah antara tugas sebagai seorang khalifah Allah. Iman, amal dan ilmu pula adalah bekalnya. Namun ironinya, berapa ramaikah dalam kalangan kita selaku muslim mampu melaksanakan tugas ini? Gejala sosial yang semakin menular di kalangan para remaja muslim masa kini semakin membimbangkan. Apakah peranan kita? Adakah sekadar menggeleng kepala lalu memeluk tubuh tanpa ada usaha hatta secebis pun untuk menyedarkan sahabat-sahabat yang semakin hanyut dengan keseronokan duniawi? Islam sebenarnya telah memberi garis panduan yang lengkap dalam menyampaikan nasihat.
Pelbagai cara dakwah juga boleh diaplikasi demi kebaikan ummah. Ingatlah, sesungguhnya setiap muslim itu adalah bersaudara. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencegah kemungkaran. Memang benar, tugas sebagai khalifah Allah bukanlah satu tugas yang mudah, ia menuntut semangat jihad fisabilillah yang tinggi, iman yang kental, ilmu yang mantap serta keazaman yang teguh dalam memburu gelaran syahid. Tetaplah istiqomah, kerana sesungguhnya hakikat jihad itu pahit tetapi destinasi syurgaNya manis.
Setelah kita memahami peranan sebagai khalifah Allah di dunia ini, maka apakah pula peranan kita sebagai hamba Allah? Kita semua sedia maklum, semua yang diciptakan di atas bumi ini adalah hak milik mutlak Allah Azza wa Jalla. Sesuai dengan Asma’ Allah, Al Malik yang bererti Maha Penguasa, maka kita dan seluruh makhluk ciptaanNya ini adalah hamba.Oleh itu, sebagai seorang hamba, maka selayaknya kita tunduk, patuh dan sujud hanya kepada Dia.
Dalam surah Adz-Dzariyyat ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud :
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat hanya kepadaKu.”
Rasulullah SAW adalah qudwah hasanah yang terbaik. Walaupun Allah telah menjanjikan syurga dan mengurniakan kemuliaan, namun baginda tetap sujud dan memohon ampun kepada Allah. Hadis riwayat Bukhari ada menyatakan, suatu hari Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah;
“Wahai Rasulullah, tuan bersolat begitu lama sekali dan menangis terlalu banyak sedangkan tuan adalah maksum?”. Maka baginda menjawab, “ Adakah tidak patut aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”.
Betapa hebatnya rasa kehambaan yang ada dalam diri baginda. Persoalannya, bagaimana pula halnya dengan kita? Sejauh manakah rasa kehambaan yang ada dalam diri kita? Kita sebagai umat akhir zaman ini, terlalu ramai yang sombong. Angkuh mendabik dada berjalan dengan megah tanpa pernah sedar segala kurniaan itu adalah milik Allah. Masih tidak mahu sujud dan terus kufur nikmat sedangkan jika Allah mahu, pada bila-bila masa sahaja nikmat itu boleh diambil semula. Seharusnya, kita mencontohi akhlak dan teladan Rasulullah atau paling tidak para sahabat baginda yang merupakan hamba-hamba Allah yang terbaik.
“(Ingatlah), pada hari (ketika) Kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya; dan barangsiapa diberikan catatan amalnya di tangan kanannya, mereka akan membaca catatan (dengan baik), dan mereka tidak akan dirugikan sedikit pun".
( Surah Al-Israa’ : 71)
Kesimpulannya, kita harus sentiasa sedar bahawa Allah menciptakan kita bernafas di bumi ini dengan dua peranan yang berbeza. Kita adalah semulia-mulia khalifah dan kita juga adalah serendah-rendah hamba. Lakukan segala sesuatu semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Semoga kita menjadi hamba yang terpilih untuk melangkah masuk dan menghuni syurgaNya yang penuh dengan kenikmatan selama-lamanya, insyaAllah.
Sunday, March 6, 2011
Renungilah ke dalam Diri Sendiri Untuk Terus Memperbaiki Diri

PEMUDA ISLAM : Ini Amanahmu !
Pemuda : Ini Amanahmu.
1. Dapat diperhatikan secara jelas , bagaimana dunia Islam hari ini sedang dikepong oleh musuh – musuhnya dari segenap arah . Bahkan permusuhan mereka terhadap Islam kian ketara dan mereka seperti tidak sabar lagi mahu melihat Islam ini hancur dan ummahnya musnah .
2. Saya juga mengharapkan agar pemuda – pemuda Islam tidak memandang remeh akan perkara ini jauh sekali memandang sepi ke arahnya tanpa sebarang reaksi , sedang ummah sangat memerlukan sentuhan pemuda Islam bagi menyelamatkan mereka dan generasi yang mendatang.
3. Pemuda mestilah peka dan sensitive malah bersikap responsive terhadap pergerakkan musuh yang mungkin sukar dikesan oleh orang awam justeru mereka sering berselindung disebalik peraturan , undang – undang , Ngo , pergerakan kebajikan , hak asasi , kebebasan media dan seumpamanya .
4. Pemuda jangan lengah untuk bingkas menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada Islam dan jangan sekali – kali lena di saat musuh bertubi arus mengarahkan serangan pemikiran kepada ummat Islam . Pemuda sewajarnya bersatu dan jangan sekali – kali pecah hati dan retak solidarity dalam mengumpul segala upaya dan kekuatan berhadapan dengan ancaman musuh yang datang dengan perancangan rapi serta sistematik .
ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM
5. Al Marhum Abu A’ala Al Maududi rhm. Pernah menyebut di dalam bukunya yang berjudul Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini , bahawa musuh – musuh Islam begitu licik mengatur strategi untuk melemahkan Islam dan ummatnya . Antara taktik mereka ialah :
PERTAMA :
6. Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuan penjajahan. Setiap kali berjaya menguasai sesebuah negara Islam, mereka biasanya terus menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Atau mereka akan jadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kita tidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanya layak ditempatkan di dalam tong sampah.
KEDUA :
7. Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus. Mereka tidak akan membiarkan bahasa umat Islam yang telah ditawan itu mempunyai nilai yang tinggi. Mereka singkirkan bahasa-bahasa itu agar tidak digunakan dalam bidang pelajaran dan pendidikan.
8. Mereka juga tidak akan mengekalkan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi dalam sektor pentadbiran negara. Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusan pendidikan dan pentadbiran negara sebagai pengganti bahasa yang telah dimusnahkan itu. Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam oleh semua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga Russia dan China. Seolah-olah mereka semua telah mengadakan persetujuan bersama dalam mengunakan taktik ini.
KETIGA :
9. Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telah mencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baru yang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat, sejarah Islam yang agong dan tamaddun mereka yang hebat.
10. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran nya sehingga caracara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat. Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baru yang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemah lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya.
11. Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepada kebudayaan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan kehidupan manusia.
DI ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM
12. Anda semua mestilah benar-benar menjadi muslim , baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran. Juga agar anda benar-benar menjadi muslim dari segi hati dan perasaan, supaya anda mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam.
13. Anda semua mesti segera memperbetulkan budipekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga anda dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk nenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau.
14. Hendaklah anda semua mengetahui bahawa percanggahan antara perkataan dengan amalan itu akan menumbuhkan bibit-bibit nifaq dalam jiwa. Ia akan menghilangkan kepercayaan.
15. Sesungguhnya kejayaan akan bergantung kepada kejujuran dan niat anda, benar di dalam keazaman dan keselarasan di antara amalan anda dengan perkataan anda. Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap dakwahnya.
Firman Allah :
يَاأَيُهَا الَّذِینَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ *
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )
16. Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada anda untuk berdakwah.
Samada dengan tulisan atau dengan ucapan. Hendaklah anda mengkaji asas-asas tamaddun barat dan mengkritik serta membezakan di antara asas yang silap dengan yang betul. Anda perlu dapat membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat.
17. Anda hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam sejak zaman berzaman. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut yang lain pula hendaklah anda bertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang paling munasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul dan baik.
18. Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika mereka mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan.
19. Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betul dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup.
20. Dan tugas anda ini hendaklah diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah.
21. Kumpulan ini sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang seri yang berlandaskan Islam. Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara itu berhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itu tidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi.
22. Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Hendaklah anda menyusun orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat, yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah barisan anda.
23. Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin, kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, maka itu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telah dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yang berpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda.
24. Begitu juga anda mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orang orang awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Anda jadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka, sehingga mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.
25. Demikian juga anda mesti bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka, meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi, seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di negeri-negari Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telah rosak.
Ini adalah penting kerana :
26. Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam. Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orangorang fasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir maka sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam.
27. Jangan anda cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang. Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama. Kerja-kerja yang baik seperti ini memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.
28. Anda pasti menghayun langkah kedepan dan tiap langkah mesti berwaspada, bijaksana dan berhati-hati. Dan jangan anda terlalu cepat menghayun langkah baru sebelum anda mengulangi hasil langkahan anda dahulu serta menganalisa natijahnya : Adakah langkahan itu berjalan di atas jalan yang telah digariskan, adakah ia memberi natijah yang diharapkan.
29. Antara hakikat yang mesti diterima ialah gopoh gapah itu adalah suatu perkara yang tidak selamat akibatnya. Contohnya
A] kita menyertai di dalam suatu kementerian yang tidak betul dan tidak beriman dengan dengan dasar-dasar kita
B] Harapan kita menyertai di dalam kementerian itu akan memberi suatu langkah yang boleh mendekati kepada tujuan-tujuan kita. Tetapi itu adalah perkara yang salah kerana pengalaman lalu membuktikan bahawa usaha yang seumpama ini tidak akan membuahkan natijah yang baik, kerana orang yang memegang teraju pemerintahan, merekalah yang menetapkan polisi pemerintahan dalam dan luar negerinya dan menyelenggarakan polisi pemerintahan itu berdasarkan kepentingan dan nafsu mereka.
30. Penyertaan kita bersama mereka dengan membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut sesuka hati mereka.
Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
Tuesday, February 15, 2011
Dua Orang Wira Muda Dalam Revolusi Mesir-MESTI BACA
"
Tokoh-tokoh baru itu bukanlah mereka yang sudah terkenal, seperti Ikhwanul Muslimin, kumpulan pemberontak popular yang keberadaannya dilarang oleh rejim Mubarak, dan bukan pula Mohamed ElBaradei – peraih Nobel Perdamaian yang aktif memimpin lembaga Anti-Nuklear PBB.
Sumber inspirasi yang dimaksud adalah mereka yang, sebelum pergolakan ini dimulakan, tidak dikenali oleh rakyat Mesir. Dua tokoh muda tersebut adalah Khaled Said dan Wael Ghonim.
Bagi kaum muda Mesir, Said menjadi mentor bagi gerakan pro demokrasi setelah mati ditangan polis, dan Ghonim dianggap wira dikalangan pendemontrasi setelah ditahan polis selama 11 hari.
Sebelum ditangkap polis, Ghonim bergerak ‘underground’ sebagai aktivi internet. Pemuda berusia 30 tahun itu menjadi salah satu enjin penggerak massa melalui internet untuk turun ke jalan dengan mengelola sejumlah group akaun di laman jejaring sosial Facebook.
“Ini adalah revolusi kaum muda di internet dan kini merupakan revolusi bagi semua rakyat Mesir,” kata Ghonim kepada pejabat berita Associated Press. Salah satu group Facebook yang dikelola Ghonim itu bernama “We are All Khaled Said.” Nama group itu diinspirasi dari seorang pemuda bernama Khaled Said.
Menariknya, Ghonim dan kalangan muda lainnya melihat Said sebagai motivator mereka untuk berontak melawan regim Mubarak, yang berkuasa sejak 1981. Pemimpin berusia 82 tahun itu, bagi Ghonim dan kaum muda di Mesir, memandang sebelah mata hak-hak demokrasi mereka.
Said menjadi korban kebrutalan rezim Mubarak. Lelaki berusia 28 tahun itu maut pada Jun tahun lalu tanpa alasan yang jelas, disiksa sejumlah polis berpakaian preman di sebuah cyber cafe di Kota Iskandariah.
Padahal Said adalah sebagian dari masa depan Mesir. Menurut media Almasry Alyoum, Said dikabarkan pernah belajar di Amerika Syarikat dalam program sistem komputer.
Muncul gambar Said dalam keadaan sudah tidak bernyawa namun dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
Itulah sebabnya kematian Said di tangan polis tidak boleh diterima para pemuda seperti Ghonim.
Maka, Ghonim pun rela mempertaruhkan kerjayanya sebagai salah seorang eksekutif di syarikat internet terbesar di dunia, Google Inc., untuk turut bergerak menentang regim Mubarak. Ghonim sejak Januari 2010 bekerja sebagai seorang Pengurus Pemasaran Google untuk kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara.
Dia sebenarnya hidup mewah dengan pekerjaannya di Dubai. Namun, kesenangannya itu dia tinggalkan selama beberapa minggu. Menurut stesyen berita BBC, Ghonim berjaya memujuk Google untuk membenarkan dia bercuti untuk pulang ke kampung halamannya di Mesir karena “urusan peribadi.” Sebenarnya dia mengikut gerakan ‘underground’ anti Mubarak.
Namun, pada 27 Januari 2011, Ghonim dilaporkan hilang semasa situasi di Mesir akibat gelombang demonstrasi mulai panas. Akhirnya muncul laporan bahwa Ghonim ditahan polis Kairo setelah diketahui terlibat dalam gerakan anti Mubarak melalui internet.
Lelaki yang mempunyai dua orang anak itu ditahan selama 11 hari.Hasil dari desakan dari sejumlah pihak, termasuk dari lembaga Amnesty International, Ghonim akhirnya dibebaskan pada 7 Februari 2011.
Dalam wawancara dengan Dream 2 TV, Ghonim mengaku mendapat layanan yang baik dari pihak polis sepanjang penahanannya. Namun, dia pelik kerana pihak polis menyebut dia sebagai pengkhianat.
“Siapapun yang punya maksud baik akan dicap pengkhianat kerana menjadi jahat sudah merupakan perkara biasa. Kalau saya pengkhianat, tentu saya sudah bersenang-lenang di vila saya di Dubai sambil mencari wang yang banyak dan berkata seperti yang lain, ‘Biarkan negara ini [Mesir] jadi neraka.’ Namun, kami bukan pengkhianat,” kata Ghonim.
Di penjara berhari-hari tidak membuat Ghonim lemah. Menurut harian LA Times, tidak lama setelah bebas, Ghonim bukannya pulang ke Dubai tapi terus kembali turun ke jalan. Dia juga kembali aktif di Twitter. “Kebebasan adalah sebuah berkah dan kita perlu untuk memperjuangkannya.” kata Ghonim di salah satu tweet-nya.
Ghonim juga merupakan penyokong setia tokoh pembangkang Mesir pemenang Nobel, Mohammad ElBaradai. Ghonim bergabung secara sukarela dengan ElBaradei, sebulan sebelum bekas Ketua Badan Energi Atom International (IAEC) itu kembali ke Mesir.
Menurut Ziad Al-Alimi, asisten senior ElBaradai, Ghonim sempat membantu membuatkan ElBaradai laman web rasmi www.7amla.net. Dia juga membuat laman rasmi ElBaradei di Facebook.
Aksi gigih dan pengorbanan Ghonim, yang terinspirasi oleh kematian tragis Said, membangkitkan kesedaran banyak orang di Mesir. Tak hanya kaum muda, namun juga warga-warga yang sudah berusia seperti Afaf Naged, bekas lembaga pengarah Bank Nasional Mesir. Mereka pun turun ke jalan menuntut Mubarak segera turun dari kekuasaan.
“Saya juga datang kemari karena Wael Ghonim. Dia benar ketika mengatakan parti Mubarak, NDP (Partai Demokratik Nasional) telah tamat. Tidak ada lagi parti, namun mereka tidak mahu mengakuinya,” kata Naged seperti dikutip stesyen berita Al Jazeera.
Seorang perempuan bernama Fifi Shawqi juga baru kali pertama ikut berdemo. Dia membawa serta ketiga anaknya dalam demonstrasi di Dataran Tahrir pada 8 Februari 2011.
Shawqi juga mengaku tergerak oleh pernyataan Ghonim selepas dia keluar dari penjara. Masa itu, Ghonim menyatakan sedih atas korban tewas dan dia mengatakan cinta Mesir.
“Saya menangis. Saya merasa dia dan semua pemuda di sini seperti anak saya sendiri,” ujar Shawqi. Dalam aksi itu, Ghonim sempat berucap di hadapan puluhan ribu demontrasi di Dataran Tahrir. Pidato ini langsung mendapatkan respon positif dan membakar semangat para demonstrasi.
Namun, Ghonim tidak mahu disebut wira.
“Tolong jangan sebut saya sebagai wira. Saya bukan wira, saya selama 12 hari terakhir ini hanya tidur. Wira sebenar adalah mereka yang turun ke jalan. Jadi, arahkan kamera anda kepada orang yang tepat,” kata Ghonim
[cerita ini MESTI di ambil pengajaran kepada kita yang masih lagi mengaku beragama ISLAM kerana untuk memperolehi sesuatu memerlukan PENGORBANAN yang sangat besar, jadi marilah kita sama-sama berkorban dengan apa yang mampu kita lakukan, agar ISLAM dan KEADILAN dapat disyiarkan sepenuhnya di bumi MALAYSIA yang ku cintai ini]
Sunday, February 13, 2011
Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih......Haramkah?

As'kum pada SEMUA, selawat dan salam keatas junjungan BAGINDA Rasul s.a.w serta keluarga sempena menyambut Maulidurrasul 1432H.
Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.
Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.
SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.
Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.
Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini. Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Hukum Menyambut Hari Valentine
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.
Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini.
Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T..
Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.” Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32
Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.” Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120
Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa.
Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40
Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.
Sumber : http://razibanna.blogspot.com/2010/02/buat-sesiapa-yang-muslim-jom-hindarkan.html
Saturday, February 12, 2011
Bagaimana Jin dan Iblis Membiak...
Surah Al-Hijr Ayat 26 - 27 :
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum diciptakan manusia daripada api yang sangat panas".
Surah Ar-Rahman ayat 15 :
"Dia (Allah) menciptakan Jann (Jin) dari nyalaan api (Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij)"
Surah Al-‘Araf ayat 12 :
"Engkau ciptakan aku (kata Iblis) dari api sedangkan ciptakan dia (Adam) dari tanah"
Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a:
"Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu (tanah)".
Asal usul makhluk2 ini nanti kita bincangkan kemudian. Bagaimanapun artikel pendek ini lebih berminat untuk menyajikan bagaimana tiga makhluk ini, iaitu manusia, jin dan iblis membiak.
Pada manusia, ia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat. Ini adalah hasil percampuran antara benih lelaki dan benih perempuan. Anak manusia memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh bagi menyambung semula genarasi berikutnya. Manusia mempunyai jangka hayat yang berbeza dan semuanya akan mati mengikut ketetapan ajal masing-masing. Zuriat manusia difitrahkan sebegini kejadiannya. Ada Dua organ yang terlibat. Jika tiada salah satunya tidak akan berlaku pemanjangan zuriat. Apa pun semua berlaku adalah dengan keizinan daripada Allah swt.
Maka sayangilah Ibu anda ketika beliau masih bernyawa.
Doakan kepada mereka jika mereka telah meninggalkan kita.
Gambar Hiasan - Proses Kejadian Manusia)
Untuk dua makhluk di bawah tiada gambar untuk ditempelkan. Cukup dengan penjelasan kata-kata. Jin juga terdiri daripada lelaki dan perempuan . Cara pembiakan di kalangan makhluk jin mudah sekali. Apabila sahaja alat kelamin jin lelaki dan alat kelamin jin perempuan bersentuh, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak. Anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.
Iblis tidak pula diceritakan samada terdapat yang jantan ke atau betina. Cara pembiakan golongan Iblis pula lagi mudah. Asalkan paha kanan dan paha kiri tersentuh, maka akan terkeluarlah sebanyak 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu pula ada 33 pasang benih. Setiap pasang benih itu pula apabila menyentuh paha kanan dan paha kiri maka akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Iblis sehinggalah ke hari kiamat. Kematian Iblis ditangguhkan sehingga ke hari kiamat.
Apakah akan jadi sekiranya ada di kalangan manusia berkahwin dengan jin? Anak yang terhasil daripada 'campuran' benih Jin lelaki atau jin perempuan dengan benih manusia perempuan atau lelaki dikenali sebagai Bunian atau lebih terkenal dengan panggilan 'Orang Ghaib'. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.
Wallahu'alam.






